Vaksin COVID-19: Itali cadang pemberian dos keempat

Astro Awani
Februari 21, 2022 10:50 MYT
Itali merupakan negara kedua dalam kalangan Eropah yang mencatatkan kes kematian tertinggi. - Foto fail/AP
MILAN: Kementerian Kesihatan Itali mencadangkan rakyatnya yang mengalami masalah sistem imun perlu mendapatkan suntikan keempat vaksin COVID-19.
Ia boleh diambil sekurang-kurangnya 120 hari selepas mendapatkan suntikan dos penggalak.
Penguatkuasaan pemberian dos keempat itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Cadangan tersebut menyusul selepas keberkesanan dos penggalak dibuktikan dapat mengawal kadar kematian, simptom dan kadar rawatan di hospital akibat COVID-19.
Untuk rekod, Itali merekodkan lebih 152,000 kematian sejak bermulanya pandemik.
Itali juga merupakan negara kedua dalam kalangan Eropah yang mencatatkan kes kematian tertinggi.
#COVID-19 #dos penggalak #masalah sistem imun #Hospital
;