Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Astro Awani
April 18, 2021 09:13 MYT
April 18, 2021 09:13 MYT
RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa kesihatan Rio de Janeiro, Brazil memulakan program vaksinasi terhadap golongan pendidik buat pertama kalinya pada Sabtu.
Program ini dimulakan selepas kerajaan dikritik susulan proses vaksinasi yang didakwa perlahan di negara itu.
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.
Bagi fasa ini, guru dan pendidik profesional yang berusia 55 tahun ke atas dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin terlebih dahulu.
Diikuti golongan pendidik muda bermula hujung minggu hadapan.
Walaupun suntikan sudah diberikan, setiausaha kementerian tetap menegaskan agar prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dipatuhi termasuk protokol sanitasi.
Pembukaan semula sekolah di Rio de Janeiro menjadi perdebatan hangat selepas negara itu merekodkan hampir 3,000 kes kematian setiap hari.