Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan

Astro Awani
Januari 23, 2023 07:30 MYT
FDA juga berharap jadual imunisasi tahunan boleh menyumbang kepada penggunaan vaksin yang kurang rumit. - Foto fail/BERNAMA
PENGAWAL selia kesihatan Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pemberian satu dos vaksin COVID-19 yang diperbaharui setiap tahun untuk setiap individu dewasa sihat.
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19 di negara itu.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) turut meminta panel penasihat kesihatan untuk mempertimbangkan penggunaan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setiap tahun kepada kanak-kanak, warga emas dan individu dengan imnuniti rendah.
FDA pada masa sama mencadangkan pemilihan rutin tersebut terhadap varian baharu berdasarkan vaksin yang dikemaskini.
Perkara itu dijelaskan menerusi satu taklimat menjelang mesyuarat panelnya pada Khamis.
FDA juga berharap jadual imunisasi tahunan boleh menyumbang kepada penggunaan vaksin yang kurang rumit.
Ralat pentadbiran vaksin juga diharap lebih sedikit yang boleh membawa kepada peningkatan kadar perlindungan vaksin.
Cadangan oleh agensi tersebut sudah dijangkakan berdasarkan pengumuman kemas kini penggunaan vaksin bulan lalu.
Untuk rekod, pentadbiran Presiden Joe Biden merancang untuk menggerakkan kempen vaksinasi penggalak pada setiap musim luruh.
#COVID-19 #vaksin #dos penggalak #FDA
;