Vaksin COVID-19: EU sedia gunakan semula vaksin J&J

Astro Awani
April 22, 2021 09:41 MYT
Sebanyak 320,000 dos vaksin J&J tiba di 10 negara anggota EU pada Rabu. - AFP
BRUSSELS: Negara di blok Kesatuan Eropah (EU) bersiap sedia untuk meneruskan penggunaan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dan mempercepatkan program vaksinasi.
Ia selepas kawal selia ubat-ubatan negara berkenaan menyokong penggunaan vaksin itu.
Kementerian Kesihatan Jerman akan segera memulakan pengagihan dos vaksin ke negeri-negeri persekutuannya.
Manakala Perancis akan mula menerima vaksin bermula minggu hadapan.
Belanda pula dijangka akan mula menggunakan vaksin tersebut minggu hadapan.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit dan Kawalan Eropah (ECDC), sebanyak 320,000 dos tiba di 10 negara anggota EU pada Rabu.
Ketibaan vaksin keempat yang mendapat kelulusan di Eropah itu beri sinar harapan baharu ketika negara-negara blok berkenaan berushaa mempercepatkan program vaksinasi selepas tertangguh atas masalah keselamatan dan dan produksi.
J&J dijadualkan beri 55 juta dos vaksinnya ke negara Eropah menjelang akhir bulan Jun.
Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) sebelum ini mendakwa pihaknya menemui kemungkinan hubungan antara vaksin J&J dan pembekuan darah yang jarang berlaku pada orang dewasa yang menerima dos di Amerika Syarikat.
Namun ia mempertahankan manfaat suntikan vaksin adalah melebihi daripada risiko.
#COVID-19 #vaksin #johnson and johnson #EU #pembekuan darah #Amerika Syarikat #ECDC
;