Vaksin COVID-19: Eropah bakal wajibkan suntikan dos penggalak
Astro Awani
November 26, 2021 08:06 MYT
November 26, 2021 08:06 MYT
SURUHANJAYA Eropah bercadang mewajibkan suntikan vaksin penggalak kepada penduduknya yang mahu melancong bermula musim panas depan.
Mereka yang mendapat suntikan penggalak juga tidak lagi perlu menjalani ujian dan proses kuarantin.
Blok Eropah turut mengemukakan cadangan menerima semua vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi tujuan perjalanan.
Ini bermakna Eropah akan menerima penerima vaksin keluaran China dan India yang melakukan perjalanan bukan kritikal.
Penyeragaman peraturan di semua 27 negara anggota ini bertujuan membenarkan perjalanan bebas.
Namun ia kini berdepan sekatan baharu, susulan peningkatan kes jangkitan.
Cadangan ini dikemukakan ketika Eropah sekali lagi menjadi pusat penularan COVID-19 selepas berjaya dengan program vaksinasinya.
Usul ini perlu diluluskan di peringkat Parlimen Eropah.
Perbahasan usul ini sudah bermula pada Selasa.
Pesuruhjaya Kesihatan EU menganggarkan setakat ini peratusan vaksinasi bagi populasinya hanya setakat 65 peratus.