Vaksin COVID-19: EMA sokong pemberian dos penggalak kepada remaja, kanak kanak

Astro Awani
Februari 25, 2022 12:05 MYT
Jawatankuasa vaksin Jerman Januari lalu mengesyorkan kesemua remaja berusia 12 hingga 17 tahun untuk menerima dos penggalak. - Foto fail
PENGAWAL selia kesihatan Kesatuan Eropah (EU) menyokong pemberian suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada remaja berusia 12 tahun ke atas.
Bagi tujuan itu, badan kawal selia itu mencadangkan penggunaan vaksin Moderna kepada kanak-kanak enam hingga 11 tahun.
Cadangan oleh Jawatankuasa Agensi Perubatan Eropah (EMA) bahagian produk ubat untuk kegunaan manusia ini bagaimanapun memerlukan kelulusan muktamad oleh Suruhanjaya Eropah.
Cadangan ini dikemukakan selepas beberapa negara-negara kalangan EU mula memberikan suntikan penggalak Pfizer-BioNTech kepada golongan remaja.
Jawatankuasa vaksin Jerman Januari lalu mengesyorkan kesemua remaja berusia 12 hingga 17 tahun untuk menerima dos penggalak.
Sebelum ini, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) melaporkan bahawa 10 negara di kawasan ekonomi Eropah, yang terdiri daripada 27 negara anggota EU termasuk, Iceland dan Norway, mengesyorkan dos penggalak bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun.
Agensi tersebut turut mencadangkan kelulusan penggunaan vaksin Moderna terhadap kanak-kanak.
Sebelum ini, vaksin Moderna diluluskan di Eropah bagi individu dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.
#COVID-19 #vaksin #dos penggalak #remaja
;