Vaksin COVID-19: Covaxin buatan Bharat Biotech berkesan 93.4%
Astro Awani
Julai 3, 2021 07:04 MYT
Julai 3, 2021 07:04 MYT
NEW DELHI: Ujian fasa tiga vaksin buatan India, Bharat Biotech, menunjukkan keberkesanan 93.4 peratus terhadap simptomatik COVID-19 yang teruk.
Penemuan itu dijangka dapat meningkatkan penerimaan orang ramai terhadap Covaxin.
Data menunjukkan perlindungan 65.2 peratus terhadap varian Delta yang pertama kali dikesan di India dan menyebabkan lonjakan kes pada April dan Mei lalu.
Vaksin buatan India itu juga menunjukkan keberkesanan 77.8 peratus terhadap COVID-19 tanpa gejala ketika ujian klinikal.
Data ujian klinikal fasa ketiga hadir ketika syarikat Ocugen yang bersama membangunkan vaksin Covaxin dengan Bharat Biotech mempersiapkan permohonan kelulusan daripada Amerika Syarikat.
Bharat Biotech kini menganggarkan ia akan menghasilkan 23 juta dos sebulan.
India, dengan jumlah 30.45 juta jangkitan, adalah negara kedua paling terjejas selepas AS.
Angka kematian negara Asia Selatan itu kini mencecah 400,000 orang.