Vaksin COVID-19: Colombia tawar warga emas dos penggalak kedua

Astro Awani
Mei 6, 2022 07:40 MYT
Mereka yang layak untuk dos penggalak kedua boleh mendapatkannya empat bulan selepas menerima yang pertama. - Foto fail/REUTERS
BOGOTA: Colombia akan menawarkan dos penggalak COVID-19 kedua kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas.
Negara itu telah melaporkan 6.1 juta jangkitan koronavirus yang disahkan dan 139,809 kematian.
Kementerian Kesihatan berkata, keputusan mengenai dos penggalak kedua dibuat selepas negara yang mempunyai kira-kira 50 juta penduduk mencapai sasarannya untuk memberi vaksin sepenuhnya kepada 70 peratus penduduk.
Tambahnya, dos penggalak kedua "penting untuk terus melindungi diri, menyelamatkan nyawa, dan memberi keyakinan kepada penduduk".
Dos penggalak kedua terdiri daripada sama ada separuh dos vaksin Moderna atau dos penuh vaksin Pfizer-BioNTech.
Mereka yang layak untuk dos penggalak kedua boleh mendapatkannya empat bulan selepas menerima yang pertama.
Kerajaan pada bulan Mac telah mula menawarkan dos penggalak kedua kepada mereka yang mempunyai keadaan masalah imunisasi dan mereka yang telah menerima pemindahan organ.
Hampir 11.9 juta orang telah menerima suntikan penggalak pertama manakala lebih 19,000 telah mendapat dos penggalak kedua.
#COVID-19 #dos penggalak #vaksin #warga emas
;