Vaksin COVID-19: 40,000 dos mungkin perlu dilupus selepas pemandu tinggalkan lori

Astro Awani
Mei 3, 2021 12:47 MYT
Lori bersama bekalan vaksin tersebut sepatutnya dibawa ke Karnal dari Hyderabad. - Foto Newsflare via AP
40,000 dos vaksin COVID-19 mungkin perlu dilupuskan selepas lori yang membawa bekalan itu ditemui ditinggalkan di tepi jalan di India.
Polis menemui lori berkenaan yang membawa 364 kotak bekalan vaksin 'Covaxin' keluaran Bharat Biotech bernilai AS$1.08 juta di Kareli, Madhya Pradesh.
Lori tersebut dipercayai ditinggalkan dengan penghawa dingin masih dihidupkan selama 12 jam sebelum polis tiba.
Selepas menghubungi syarikat pemilik lori berkenaan Transport Corporation of India (TCI) Cold Chain Solution, polis berjaya mengesan pemandu kenderaan terbabit.
Vikas Mishra, 22, ditemui sedang berehat dan terbaring di kawasan semak berdekatan Lebuhraya Narsinghpur, kira-kira 15 kilometer daripada tempat lori itu ditemui.
Lori bersama bekalan vaksin tersebut sepatutnya dibawa ke Karnal dari Hyderabad.
Seorang lagi pemandu telah dihantar untuk membawa lori berkenaan ke destinasi sepatutnya namun dia hanya akan tiba selepas 12 jam perjalanan.
Jika penghawa dingin lori itu termati sebelum pemandu berkenaan tiba, bekalan vaksin itu mungkin akan rosak dan perlu dilupuskan.
Polis belum lagi mendedakan apa tindakan yang bakal dikenakan ke atas Mishra atau motif kejadian.
Vaksin COVID-19 | 40,000 dos mungkin perlu dilupus selepas pemandu tinggalkan lori
#vaksin #COVID-19 #Covaxin #bekalan #Lori
;