Vaksin COVID-19: 4.99 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
Ogos 24, 2021 07:38 MYT
Pemberian vaksin Sputnik V dijalankan di sebuah pusat vaksinasi di Red Square, Moscow, Rusia, 1 Julai, 2021. (Foto AP)
HAMPIR 5 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia, setakat pagi ini.
Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kumulatif global vaksin didaftar ialah 4,993,342,164 dos, didahului China dengan lebih 1.96 bilion.
Ini diikuti India dengan 588 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 362 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos vaksin COVID-19 didaftarkan atau disuntik adalah Brazil.
Sementara itu, Jerman mencatat 99 juta dos didaftarkan, United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 90 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Ini diikuti Malaysia dengan lebih 32 juta dos.
Singapura pula di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.
#vaksin didaftarkan #Johns Hopkins University #suntikan vaksin #vaksin disuntik
;