Vaksin AstraZeneca: WHO sifatkan pengesahan masuk akal, perlu kajian lebih teliti
Agensi
April 8, 2021 10:43 MYT
April 8, 2021 10:43 MYT
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan pengesahan Agensi Ubatan Eropah (EMA) sebagai masuk akal tetapi masih belum dipastikan sepenuhnya.
Ia susulan pengesahan EMA berkenaan kemungkinan hubung kait vaksin AstraZeneca dengan pembekaun darah yang jarang berlaku.
Dalam satu kenyataan interim, Jawatankuasa Penasihat Global mengenai Keselamatan Vaksin (GACVS) oleh WHO, penemuan itu merupakan perkara yang jarang berlaku dengan jumlah kes yang dilaporkan sangat rendah berbanding 200 juta individu yang sudah menerima vaksin AstraZeneca.
Bagaimanapun, kajian yang lebih spesifik untuk memahami penemuan ini, dan GACVS akan terus mengkaji data lanjut.
Dalam pada itu, GACVAS menambah penemuan yang jarang berlaku terhadap keberkesanan imunisasi itu perlu dikaji terhadap keberkesanan kematian akibat COVID-19 dan potensi vaksin itu untuk mengurangkan jangkitan.
Jelasnya lagi, dalam kempen vaksinasi sebelum ini, adalah kebiasaan bagi negara-negara untuk menemui potensi kesan sampingan terhadap penggunaan sesuatu vaksin.
Ini juga tidak bermakna bahawa semua kesan sampingan itu adalah buruk dan ada kaitan dengan vaksin yang diberikan tetapi perkara itu perlu disiasat dengan lebih terperinci.