Uzbekistan catat kes pertama COVID-19

Agensi
Mac 15, 2020 16:28 MYT
Setakat ini, lebih 156,000 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, membabitkan sekurang-kurangnya 142 negara.
UZBEKISTAN hari ini mencatatkan kes pertama positif COVID-19 membabitkan seorang rakyatnya yang pulang dari Perancis.
Kementerian Kesihatan negara itu berkata, langkah sewajarnya sedang giat diambil bagi mengekang penularan wabak tersebut di negara yang mempunyai 34 juta penduduk.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan Uzbekistan turut mengumumkan penggantungan penerbangan ke sejumlah bandar di Eropah Barat, Asia dan Asia Barat hingga akhir bulan depan.
Setakat ini, lebih 156,000 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, membabitkan sekurang-kurangnya 142 negara.
#Kementerian Kesihatan #koronavirus #penerbangan #Uzbekistan COVID-19
;