BANGKOK: Parti Negara Thai Bersatu (UTN) tidak akan mencalonkan Perdana Menteri sementara, Prayuth Chan o-cha sebagai calon perdana menteri parti itu.
Pemimpin parti UTN Pirapan Salirathavibhag berkata parti itu tidak akan menamakan sebarang calon dalam undian untuk memilih perdana menteri baharu di Parlimen, Khamis ini.
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata UTN menentang konsep kerajaan minoriti, kerana ia akan memberi kesan buruk kepada negara.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei, UTN menamakan dua calon perdana menteri - Prayuth dan Pirapan. Bagaimanapun, parti itu hanya memenangi 36 kerusi.
Sementara itu, Piraphan berkata berkata UTN juga tidak akan mengundi pemimpin Parti Move Forward Pita Limjaroenrat sebagai perdana menteri.
Beliau berkata parti itu tidak akan menyokong mana-mana pihak yang mahu meminda undang-undang lese-majeste, yang juga dikenali sebagai artikel 112 Kanun Acara Jenayah.
Setiausaha Agung parti UTN, Akanat Promphan, akan mempengerusikan mesyuarat UTN pada Selasa untuk meluluskan resolusi berhubung pengundian calon perdana menteri.
Bangkok Post melaporkan secara teorinya UTN boleh bergabung tenaga dengan pimpinan Palang Pracharath yang mempunyai 188 Ahli Parlimen dan 250 senator yang dilantik semasa pemerintahan tentera untuk mengundi Prayuth.
Perdana menteri baharu memerlukan 376 undi dalam sidang bersama.
Parti Move Forward (MFP), yang memenangi 151 kerusi pada PRU 14 Mei dan memperoleh lebih 14.2 juta undi, mengetuai gabungan lapan parti yang bersama-sama memperoleh 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.
Gabungan itu mencalonkan pemimpin MFP Pita Limjaroenrat sebagai calon perdana menterinya.
Walaupun jumlah yang menggalakkan, tidak ada jaminan bahawa gabungan pimpinan MFP akan dapat membentuk kerajaan kerana mereka perlu memperoleh 64 lagi undi daripada 250 senator.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Pirapan Salirathavibhag berkata parti itu tidak akan menamakan sebarang calon dalam undian untuk memilih perdana menteri baharu di Parlimen, Khamis ini. - Gambar fail/Reuters
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Perintis penubuhan Malay Film Productions, Run Run Shaw meninggal dunia
Penerbit filem terkemuka Hong Kong, yang juga perintis penubuhan studio Malay Film Productions, Sir Run Run Shaw meninggal dunia hari ini.