Utah isytihar darurat dua minggu, wajib pakai pelitup muka di seluruh negeri

Agensi
November 9, 2020 19:13 MYT
Pemerintah Utah, Gary Herbert mengisytiharkan darurat di seluruh negeri selama dua minggu bermula 9 November 2020. - Reuters
GABENOR Utah, Amerika Syarikat mengumumkan darurat selama dua minggu bermula 9 November hingga 23 November dan mewajibkan penduduknya memakai pelitup muka di seluruh negeri itu bagi mengekang penularan COVID-19.
Gary Herbert memaklumkan, perintah penguatkuasaan itu terpakai di semua tempat awam serta ketika berdepan orang ramai dalam jarak dua meter.
"Oleh kerana para saintis dan pakar perubatan sangat menyarankan pemakaian pelitup hidung dan mulut sebagai cara yang berkesan untuk mengekang penyebaran COVID-19, saya meletakkan seluruh negeri Utah di bawah mandat pemakaian pelitup hidung dan mulut sehingga akan diberitahu kelak," ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, penguatkuasaan itu tidak akan mematikan ekonomi negeri itu.
“Semua penduduk Utah juga tidak dibenarkan mengadakan majlis keramaian melibatkan orang awam dalam tempoh dua minggu.
"Kami juga memerintahkan supaya semua aktiviti sukan dan aktiviti sukan selepas sekolah termasuk kejohanan dan pertandingan sukan antara kolej,” tambahnya lagi.
Selain itu, menjelang 1 Januari 2021, semua pelajar di universiti awam dan swasta yang menghadiri sekurang-kurangnya satu kelas seminggu secara peribadi mesti menjalani ujian saringan COVID-19 setiap minggu.
Pada Ahad, pihak berkuasa kesihatan Utah mengumumkan 2,386 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu meningkat kepada 133,000 kes dengan 659 kematian.
#COVID-19 #ujian saringan #kesihatan #Utah #perintah darurat #pandemik #gabenor utah #gary herbert
;