Usul pecat Presiden Korea Selatan diluluskan

Agensi
Disember 9, 2016 14:15 MYT
Parlimen Korea Selatan meluluskan usul bersejarah memecat Presiden, Park Geun-Hye berikutan skandal rasuah. - Gambar fail
Parlimen Korea Selatan meluluskan usul bersejarah memecat Presiden, Park Geun-Hye berikutan skandal rasuah.
Keputusan diumumkan Speaker Dewan Negara, Chung Sye-Kyun sekali gus menyaksikan kuasa Geun-Hye selaku presiden digantung.
Undian berakhir dengan 234 menyokong, 56 menentang manakala sembilan undi lagi berkecuali dan tidak sah.
Keputusan melepasi sekurang-kurangnya dua pertiga sokongan yang diperlukan daripada sejumlah 300 kerusi.
Bagaimanapun nasib Geun-Hye kini terletak di tangan Mahkamah Perlembagaan yang akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan usul itu dan menyingkirkan Geun-Hye daripada jawatannya.
Mahkamah juga berhak menolak dan mengembalikan kembali kuasa kepada Geun-Hye.
Perdana menteri akan bertindak selaku pemangku presiden sehingga mahkamah mengumumkan keputusan.
#Chung Sye-kyun #Korea Selatan #Park Geun-Hye