Usaha mencari ikan paus humpback terjerat diteruskan

Astro Awani
Januari 22, 2022 03:56 MYT
Tali pengukur berat yang dilihat di ikan paus berkenaan. - Foto AP
HAWAII: Pasukan penyelamat mamalia marin sedang mencari seekor ikan paus jenis humpback dewasa yang terjerat serpihan laut di luar pantai Hawaii.
Laporan menyebut bahawa responden pertama telah mengalihkan kira-kira 600 meter tali pengukur berat dari haiwan itu ketika ia ditemui di luar Pulau Kauai.
Bagaimanapun pihak berkenaan tidak dapat mengeluarkan semua peralatan yang menjerat paus itu.
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat mengatakan ikan paus itu dilihat lemah.
Ia berwarna cerah dan berkulit kasar, mempunyai tompok-tompok kutu paus sekali gus menunjukkan mamalia itu berada dalam keadaan tertekan.
Misi mencari ikan paus berkenaan akan diteruskan bagi melepaskan lebih banyak tali yang terjerat di badannya.
#ikan paus #tali pengukur berat #Pulau Kauai #lemah