Uruguay berkabung mengenang pemergian bekas presiden Tabare Vazquez
Agensi
Disember 6, 2020 07:39 MYT
Disember 6, 2020 07:39 MYT
MONTEVIDEO: Rakyat Uruguay berkabung atas pemergian bekas presiden Tabare Vazquez yang meninggal dunia akibat kanser pada Ahad.
Penyokong Vazques meratapi pemergiannya dengan meninggalkan bunga, baju dan cenderamata di sebuah tapak peringatan sementara di hadapan rumahnya.
Di jalan utama, orang ramai beratur untuk melihat kenderaan membawa kerandanya yang dihiasi bunga melalui beberapa kawasan di Montevideo.
Ada yang menangis melihat kenderaan tersebut, manakala yang lain mengibarkan bendera dan bertepuk tangan.
Vazquez merupakan presiden sosialis pertama negara itu yang bangkit daripada kemiskinan dan menjadi presiden untuk dua penggal.
Mendiang yang merupakan seorang pakar onkologi mengumumkan pada tahun lalu bahawa dia menghidap kanser paru-paru.
Keadaannya bertambah buruk dan mendiang meninggal dunia pada usia 80 tahun.
#Tabare Vazquez
#berkabung
#meninggal dunia
#kanser-paru-paru
#Montevideo
#tapak peringatan sementara
#Pakar Onkologi