Upaya seksual kura-kura gergasi ini luar biasa, berjaya menyelamatkan spesiesnya!
Agensi
Jun 20, 2020 21:52 MYT
Jun 20, 2020 21:52 MYT
SEEKOR kura-kura raksasa yang dianggap sebagai penyelamat spesiesnya, akhirnya dilepaskan di sebuah pulau yang tidak berpenghuni berhampiran Ecuador, selepas berpuluh-puluh tahun memberi 'khidmat' dalam sebuah program pembiakan kura-kura.
Menteri Alam Sekitar Ecuador, Paulo Proaño Andrade memaklumkan langkah itu merupakan penutup bagi satu bab penting Taman Nasional Galapagos, yang selama ini menjadi kediaman kura-kura bernama Diego itu.
"Sebanyak 15 ekor kura-kura termasuk Diego, akan pulang ke habitat asal selepas berpuluh tahun berada dalam kurungan demi menyelamatkan spesiesnya daripada kepupusan," tulis Andrade di Twitter.
Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) juga tidak ketinggalan memuat naik entri bagi memperingati peristiwa bersejarah ini.
"Kura-kura itu sudah berusia lebih 100 tahun dan mempunyai lebih 800 keturunan," tulis UNEP di Twitter.
Diego sebelum ini tinggal di Zoo San Diego tetapi dihantar ke Galapagos sekitar 1960-an sebagai sebahagian daripada program pembiakan.
#Diego
#Ecuador
#Galapagos
#kura-kura
#Paulo Proa o Andrade
#Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#UNEP