Upacara angkat sumpah Trump dicemari protes
Agensi
Januari 21, 2017 09:53 MYT
Januari 21, 2017 09:53 MYT
Upacara angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Jan dicemari dengan protes yang berlaku di Washington D.C.
Media tempatan turut melaporkan seramai enam anggota polis telah cedera, sementara 217 penunjuk perasaan ditahan.
Situasi bertukar kecoh apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan.
Polis bertindak menggunakan semburan pedih untuk meleraikan penunjuk perasaan.
Beberapa penunjuk perasaan juga bertindak melempar bahan letupan terhadap pasukan keselamatan.
Sementara itu, sebuah kenderaan jenis limosin turut dibakar oleh golongan anti-Trump.
Trump, yang merupakan calon dari Republikan ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington D.C.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).
Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.