UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza
Bernama
Jun 13, 2024 19:30 MYT
Jun 13, 2024 19:30 MYT
RAMALLAH: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata setakat 9 Jun, lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza, menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan. Kanak-kanak pula menyelongkar sampah setiap hari."
"Akses kemanusiaan tanpa halangan + #CeasefireNow adalah penting untuk memulihkan keadaan hidup yang berperikemanusiaan," katanya.
Serangan berterusan tentera rejim Israel di darat, laut dan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, 2023 telah mengakibatkan kematian lebih 37,202 orang dan mencederakan 84,932 yang lain manakala ribuan mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.
-- BERNAMA