AS umum hantar lebih banyak pasukan, aset tentera ke Asia Barat di tengah ketegangan
Bernama
November 2, 2024 16:46 MYT
November 2, 2024 16:46 MYT
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan untuk menghantar dan mengatur lebih banyak pasukan serta aset ketenteraan ke Asia Barat bagi menangani peningkatan ketegangan di rantau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin "mengarahkan penghantaran pemusnah pertahanan peluru berpandu balistik, skuadron pejuang dan pesawat, serta beberapa pengebom serangan jarak jauh B-52 Tentera Udara AS ke rantau terbabit," kata jurucakap Pentagon Pat Ryder pada Jumaat.
Langkah ini, digabungkan dengan keputusan untuk menempatkan "advanced air defence battery" di Israel dan memperkukuh kehadiran tentera AS di Laut Mediterranean timur.
"Pengukuhan ini dijangka berlangsung dalam beberapa bulan akan datang, sementara kapal pengangkut pesawat AS 'Abraham Lincoln' dan kapal pengiringnya sedang bersedia untuk berundur dari rantau itu," kata Ryder.
--BERNAMA-dpa