AS umum bantuan pakej senjata baharu lebih AS$2 bilion untuk Ukraine
Bernama
Februari 4, 2023 13:11 MYT
Februari 4, 2023 13:11 MYT
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pakej senjata baharu untuk Ukraine bernilai lebih AS$2 bilion termasuk roket HIMARS jarak jauh, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan ketenteraan itu juga termasuk senjata pertahanan udara dan dron, kenderaan infantri berperisai, peluru berpandu antikereta kebal dan peluru artileri, kata Setiausaha Negara Antony Blinken dalam satu kenyataan.
"Kami memuji lebih 50 negara yang telah bersatu dalam solidariti dengan Ukraine kerana mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayahnya.
"Rusia boleh sahaja menamatkan perang tanpa provokasi hari ini. Sehingga ia berbuat demikian, kami akan bersatu dengan Ukraine," kata Blinken.
Bantuan itu termasuk pengeluaran peralatan ketenteraan daripada stok AS sedia ada bernilai AS$425 juta dan tambahan AS$1.75 bilion daripada Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine Pentagon.
-- BERNAMA