AS umum bantuan ketenteraan tambahan AS$2.5 bilion untuk Ukraine

Bernama
Januari 20, 2023 11:56 MYT
AS telah menyalurkan bantuan keselamatan melebih AS$26.7 bilion kepada Ukraine sejak Rusia mula menceroboh pada 24 Februari 2022. - Fail/REUTERS
NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan ketenteraan tambahan bernilai AS$2.5 bilion untuk Ukraine, menurut Jabatan Pertahanan pada Khamis.
Pakej bantuan keselamatan baharu itu meliputi lapan sistem pertahanan udara Avenger, 59 Kenderaan Tempur Infantri Bradley dan 90 kenderaan Pengangkut Anggota Berperisai Stryker, lapor Agensi Anadolu.
Dengan bantuan ketenteraan terkini itu, peralatan yang dikeluarkan daripada inventori Jabatan Pertahanan untuk Ukraine sejak Ogos 2021 sebanyak 30.
AS telah menyalurkan bantuan keselamatan melebih AS$26.7 bilion kepada Ukraine sejak Rusia mula menceroboh pada 24 Februari 2022.
-- BERNAMA
#Ukraine #Rusia #Pentagon #bantuan ketenteraan
;