AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine

Bernama
Julai 2, 2022 03:30 MYT
Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat. - Gambar fail
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine, termasuk sistem pertahanan antipesawat yang canggih.
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai US$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa, lapor Xinhua.
Setakat ini, AS telah memberikan bantuan keselamatan sebanyak US$6.9 bilion kepada Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas pada 24 Februari dan sejumlah US$7.6 bilion sejak pentadbiran Presiden Joe Biden.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #sistem pertahanan antipesawat #bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine #Joe Biden