Umat Islam protes kartun Charlie Hebdo di London
AFP
Februari 9, 2015 10:33 MYT
Februari 9, 2015 10:33 MYT
Beribu-ribu umat Islam British membantah penerbitan kartun memaparkan Nabi Muhammad dalam majalah satira Perancis Charlie Hebdo pada satu demonstrasi berhampiran pejabat Perdana Menteri, David Cameron pada Ahad.
Orang ramai berarak ke Downing Street memegang sepanduk tertera "Charlie dan kilang penyalahgunaan", "Kami sayang Nabi Muhammad lebih daripada nyawa kami", dan "Menghina bukan satu kebebasan".
Penceramah bercakap kepada penunjuk perasaan dan mengadakan majlis solat, sebelum beberapa wakil menyampaikan petisyen yang ditandatangani lebih 100,000 umat Islam British ke pejabat Cameron.
Petisyen itu menggambarkan kartun Nabi Muhammad sebagai "satu penghinaan kepada norma-norma masyarakat bertamadun".