Umat Islam di UK sedia sambut Aidilfitri

Astro Awani
Mei 23, 2020 07:56 MYT
Ketika ini masjid di UK masih ditutup dan umat Islam digesa untuk menyambut 1 Syawal di rumah masing-masing. -AP
Lebih 2.6 juta umat Islam di United Kingdom (UK) melakukan persiapan akhir Aidilfitri di tengah penularan COVID-19.
UK kini berada di tangga keempat tertinggi dunia dengan jumlah kes positif 258,000.
Ketika ini masjid di UK masih ditutup dan umat Islam digesa menyambut 1 Syawal di rumah masing-masing.
Minggu lalu, Ketua Pegawai Perubatan UK menggesa umat Islam UK untuk menyambut Aidilfitri dalam normal baharu penjarakan sosial.
Ini untuk memastikan semua komuniti dilindungi tanpa mengira fahaman agama dan dengan harapan penularan COVID-19 dapat dikurangkan.
Majlis Muslim Britain sebelum ini menggesa umat Islam di negara berkenaan untuk menyambut 1 Syawal sama seperti Ramadan di rumah dan secara dalam talian bersama keluarga dan rakan.
#1 Syawal #Aidilfitri #Britain #Islam #Ketua Pegawai Perubatan UK #Majlis Muslim Britain #perubatan #Ramadan #United Kingdom
;