Umat Islam di Syria beraya dengan peluru, mortar

Agensi
Jun 26, 2017 10:40 MYT
Pejuang pemberontak melepaskan mortar ke arah pasukan yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad di wilayah Quneitra, yang bersempadan dengan Bukit Golan yang diduduki Israel, 24 Jun, 2017. REUTERS
Sambutan Syawal tidak memberi apa-apa makna kepada perang berpanjangan di Syria.
Tentera kerajaan meneruskan operasi melumpuhkan penguasaan Daish dengan menumpukan pada wilayah Deir el-Zour.
Video terbaharu didedahkan oleh Pusat Media Tentera Syria (SCMM) menunjukkan, serangan ofensif kereta kebal dan pelancar roket mensasarkan kumpulan militan al-Dolei'yat, bersempadan dengan wilayah Homs.
Ia merupakan sebahagian daripada misi menguasai semula kawasan strategik yang dikuasai pengganas Daish.
Setakat ini, tentera kerajaan dengan bantuan Rusia dan Iran telah menguasai lima bandar utama di negara itu.
#perang #Pusat Media Tentera Syria #syawal #Syria