Ulf Kristersson dilantik perdana menteri baharu Sweden

Bernama
Oktober 17, 2022 22:00 MYT
Ulf Kristersson dilantik sebagai perdana menteri baharu Sweden. -AP
LONDON: Parlimen Sweden pada Isnin melantik pemimpin Moderates, Ulf Kristersson sebagai perdana menteri baharu negara itu.
Seramai 176 ahli Riksdag mengundi memilih Kristersson manakala 173 lagi menentang, lapor Agensi Anadolu.
Beliau akan mengetuai kerajaan gabungan tiga parti iaitu Moderates, Christian Democrat dan Liberal.
Blok sayap kanan itu menang tipis dalam pilihan raya bulan lalu dengan memperoleh 176 daripada 349 kerusi parlimen.
Kristersson berkata pada sidang media minggu lalu bahawa Democrat Sweden yang berhaluan kanan tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan bagaimanapun, akan bekerjasama rapat dengan parti itu.
-- BERNAMA
#Ulf Kristersson #PM Sweden #Riksdag #moderates