Ular sawa peliharaan hampir mati tertelan tuala pantai

Astro Awani
Mac 3, 2020 05:10 MYT
Dr Olivia Clarke terpaksa menggunakan forseps panjang untuk menyelamatkan Monty tanpa mencederakannya. -Gambar Facebook @SASH - Small Animal Specialist Hospital
Lumrah haiwan pemangsa seperti ular akan makan daging haiwan lain.
Namun, lain pula yang berlaku di luar Sydney, Australia apabila seekor ular sawa peliharaan, digelar Monty, ditemukan pemiliknya menelan tuala pantai.
Menerusi sebuah rakaman video, sekumpulan kakitangan di Small Animal Specialist Hospital (SASH) bertungkung-lumus mengeluarkan fabrik tersebut dari reptilia berukuran 3 meter panjang itu.
Veterinar Dr Olivia Clarke terpaksa menggunakan forseps panjang untuk menyelamatkan Monty tanpa mencederakannya.
“Kami banyak menjumpai kes-kes menarik di jabatan kami, tetapi kebiasaan untuk kami melihat kejadian aneh seperti ini,” tulis unit khas hospital itu menerusi akaun rasmi Facebook.
Susulan proses membuang fabrik itu berjaya, Monty dilaporkan kembali makan seperti biasa dan dibenarkan pulang pada hari sama.
#Australia #forseps panjang #monty #Sydney #ular sawa #ular telan tuala
;