Ular belit leher tuan sendiri hingga mati

Agensi
November 1, 2019 15:30 MYT
Laura Hurst dari Battle Ground, Indiana, dipercayai dibelit hingga mati di rumah itu yang menyimpan 140 ekor ular. - Gambar Pixabay
SEORANG wanita ditemui mati dibelit ular sawa sepanjang lapan kaki di sebuah rumah yang menempatkan ratusan reptilia itu di Utara Indiana, Amerika Syarikat.
Laura Hurst dari Battle Ground, Indiana, dipercayai dibelit di leher hingga mati di rumah yang menyimpan 140 ekor ular.
"Kemungkinan besar dia mati akibat belitan ular, tetapi kami masih perlu menunggu hasil bedah siasat," kata Sarjan Kim Riley, seperti yang dilaporkan Daily Mail.
Bedah siasat dijadualkan dijalankan hari ini (Jumaat).
Profil Facebook Hurst menunjukkan dia mempunyai dua orang anak dan berkahwin pada 2012.
Wanita itu dikatakan memiliki kira-kira 20 ular yang disimpan di rumah tersebut dan akan datang melawat dua kali seminggu, kata polis.
Rumah itu bagaimanapun tidak didiami manusia dan dibina khas untuk menyimpan ular peliharaan.
Rumah itu dimiliki oleh seorang sherif, Donald Munson Munson menerusi satu kenyataan memaklumkan kejadian itu merupakan kemalangan yang tragis dan dia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak.
#Amerika Syarikat #Indiana #kemalangan #polis #ular sawa #wanita
;