Ukraine tawan semula 'seluruh wilayah Kiev'

Bernama
April 3, 2022 21:13 MYT
Tentera Rusia masih melancarkan serangan udara dan peluru berpandu tetapi kadar kekerapannya berkurangan, menurut Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine. - Gambar/ Reuters
KIEV: Ukraine menguasai semula seluruh wilayah Kyiv, kata Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Maliar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
"Irpin, Bucha, Gostomel dan seluruh wilayah Kyiv sudah dikuasai semula," kata Maliar.
Tentera Rusia masih melancarkan serangan udara dan peluru berpandu tetapi kadar kekerapannya berkurangan, menurut Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine.
Unit sokongan tentera Rusia juga bersedia menyertai operasi ketenteraan di Ukraine.
-- BERNAMA
#krisis Rusia-Ukraine #Kiev #ukraine tawan semula kiev #Menteri Pertahanan
;