Ukraine-Rusia: Putin gesa Crimea diiktiraf sebahagian dari Rusia
Astro Awani
Februari 23, 2022 08:45 MYT
Februari 23, 2022 08:45 MYT
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menggesa pengiktirafan antarabangsa bahawa Crimea sebahagian daripada negara itu.
Putin mendakwa penguasaan Rusia ke atas semenanjung Crimea, Ukraine pada 2014 sebagai cerminan kemahuan dan pilihan penduduk tempatan.
Penguasaan itu dikecam negara barat yang mendakwa ia melanggar undang-undang antarabangsa.
Sementara itu, parlimen Rusia pada Selasa meluluskan kerahan tentera ke luar negara.
Ia dianggap permulaan serangan berskala besar ke atas Ukraine.
Amerika Syarikat sebelum ini mendakwa Rusia sudah memulakan pencerobohan ke atas Ukraine.
Tentera Rusia dilaporkan sudah bergerak ke kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine selepas Putin mengiktiraf kemerdekaan mereka.