Ukraine-Rusia: ICC mulakan siasatan awal runtuhan empangan
Astro Awani
Jun 11, 2023 07:00 MYT
Jun 11, 2023 07:00 MYT
PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelenskyy memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah memulakan siasatan awal berhubung runtuhan Empangan Kakhovka awal minggu ini.
Menurutnya, pihaknya bersedia memberi kerjasama bagi memudahkan siasatan berdasarkan objektif yang ditetapkan ICC.
Walaupun Ukraine tidak berada dalam Statut Rom, katanya, ia bersetuju dengan penubuhan Pejabat Perwakilan ICC di Kiev untuk menyiasat lebih mendalam jenayah Rusia di negara itu.
"Kebelakangan ini, wakil ICC melawat wilayah Kherson. Pada hari pertama selepas bencana itu, Ketua Pendakwa menghantar permintaan kepada Pejabat Pendakwa ICC untuk menyiasat bencana itu, dan kerja telah pun bermula.
"Penting bagi wakil-wakil keadilan antarabangsa melihat sendiri akibat daripada tindakan keganasan Rusia ini dan menyaksikan sendiri bahawa keganasan Rusia masih berterusan.
"Dan ia diteruskan dengan tembakan paling kejam di wilayah yang banjir serta kawasan pemindahan.
"Kami sudah memudahkan dan akan terus memudahkan siasatan yang paling bebas dan objektif oleh ICC. Semua penguat kuasa undang-undang kami dan institusi lain terlibat dalam proses ini setakat yang mungkin.
"Kami menyediakan akses penuh ke kawasan yang terjejas, hingga kepada saksi semua maklumat dan bukti. Siasatan ini sangat penting untuk keselamatan seluruh dunia,” katanya pada Ahad.
Ukraine sebelum ini menuduh tentera Rusia meletupkan empangan itu dan stesen janakuasa hidroelektrik, yang terletak di Sungai Dnieper di kawasan yang dikuasai Moscow selama lebih setahun.
Pegawai Rusia menyalahkan pengeboman Ukraine di kawasan yang dipertikaikan, di mana sungai memisahkan kedua-dua belah pihak.
Ia difahamkan tidak akan mendamaikan tuntutan yang bercanggah tersebut.