Ukraine hanya mahukan keamanan, keutuhan wilayah

Sinar Harian
Februari 25, 2022 07:41 MYT
Kami hanya mahu keamanan; perang bukan jawapannya, kata Andriy Shevchenko. - Gambar fail REUTERS
LEGENDA bola sepak Ukraine, Andriy Shevchenko merayu sokongan seluruh dunia untuk menyokong negaranya menghentikan pencerobohan Rusia ke atas republik tersebut.
Malah bekas pemain berusia 45 tahun menyatakan bahawa rakyat negara itu hanya mahu kedamaian dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan masing-masing.
"Pada awal pagi, perang skala penuh telah dimulakan Rusia. Rakyat Ukraine dan keluarga saya diserang. Ukraine dan penduduknya hanya mahukan keamanan dan keutuhan wilayah.
"Saya meminta pertolongan anda untuk menyokong Ukraine dan menyeru kerajaan Rusia untuk menghentikan pencerobohan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa mereka.
"Kami hanya mahukan keamanan. Perang bukan jawapannya," tulis bekas kapten dan pengendali Ukraine yang kini mengendalikan kelab Serie A, Genoa.
Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengisytiharkan perang ke atas Ukraine apabila melancarkan serangan di seluruh negara tersebut sehingga mengundang kecaman masyarakat antarabangsa.
Artikel asal di Sinar Harian
#krisis Rusia-Ukraine #perang #serangan #Andriy Shevchenko
;