Ukraine eksport 3.1 juta tan produk pertanian
Bernama
September 15, 2022 12:11 MYT
September 15, 2022 12:11 MYT
AMMAN: Kira-kira 3.1 juta tan produk pertanian dieksport dari Ukraine sejak perjanjian mengenai keselamatan pengangkutan bahan pertanian dari pelabuhan negara itu dimeterai oleh Ukraine, Turkiye, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
"Hampir dua bulan selepas pelancaran 'koridor bijirin', 3.1 juta tan produk pertanian dieksport melalui pelabuhan Great Odesa," menurut perkhidmatan akhbar Kementerian Infrastruktur pada Rabu.
Sebanyak 134 kapal dengan muatan produk pertanian untuk negara Asia, Eropah dan Afrika, berlepas dari pelabuhan Ukraine, menurut laporan itu.
Lima lagi kapal lagi yang membawa 153,000 tan makanan, meninggalkan pelabuhan Odesa, Chornomorsk, dan Pivdennyi, juga kini menuju Asia dan Eropah.
-- BERNAMA