Ukraine dan kumpulan pemisah laksana pertukaran tahanan

Agensi
Disember 27, 2017 22:06 MYT
Pihak berkuasa Ukraine dan pemberontak pro Rusia melaksanakan pertukaran banduan besar-besaran, sejak tercetusnya konflik pemberontakan pada 2014 - REUTERS
Pihak berkuasa Ukraine dan pemberontak pro Rusia melaksanakan pertukaran banduan besar-besaran, sejak tercetusnya konflik pemberontakan pada 2014.
Pertukaran banduan juga memberi bayangan perkembangan pelaksanaan perjanjian rundingan damai yang dimeterai pada 2015.
Kumpulan pemisah dari wilayah Luhansk dan Donetsk menyerahkan 74 tahanan, sementara Ukraine menyerahkan 237 orang tahanan.
Konflik antara pemisah dan tentera kerajaan Ukraine di timur negara itu mengorbankan lebih 10,000 nyawa sejak 2014.
Pertukaran banduan terkandung dalam rundingan damai ditaja Perancis dan Jerman dimeterai di Minsk pada 2015.
Keputusan akhir berhubung pertukaran ini hanya dipersetujui minggu lalu.
#2014 #Donetsk #luhansk #pemberontakan #pemisah #Rusia #Ukraine