Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish
Agensi
November 15, 2019 07:35 MYT
November 15, 2019 07:35 MYT
PERHIDMATAN Keselamatan Ukraine mendakwa telah menahan seorang komander tertinggi Daish, Al Bar Shishani, dalam satu operasi baru-baru ini.
Badan itu menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, Al Bar Shishani, yang merupakan warga Georgia, ditahan di wilayah Kyiv.
Menurutnya, dia ditahan berhampiran sebuah rumah yang didiaminya, bagaimanapun, tarikh sebenar tangkapan dibuat tidak dinyatakan.
Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan polis Georgia turut terlibat dalam operasi tersebut.
Sejak 2012, Al Bar Shishani dilaporkan berkhidmat sebagai timbalan kepada 'Menteri Perang' Daish, Abu Omar al-Shishani, yang diisytiharkan mati pada 2016.
Pada tahun sama, Al Bar Shishani didakwa telah ke Turki, sebelum tiba di Ukraine pada 2018 menggunakan pasport palsu.
#2016
#Abu Omar al-Shishani
#Al Bar Shishani
#CIA
#daish
#Facebook
#Georgia
#Islam
#keselamatan
#komander
#Kyiv
#operasi
#pasport palsu
#polis
#tangkap
#Turki
#Ukraine