Ukraine dakwa 15 komander tentera Rusia terbunuh

Sinar Harian
Mac 24, 2022 12:00 MYT
Sharov dilaporkan terbunuh di Mariupol yang mana lebih 100,000 orang telah terperangkap ketika tentera Rusia mengepung bandar tersebut. - Foto Twitter
KIEV: Seorang komander tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran di Ukraine, lapor tentera Ukraine dalam media sosial pada Selasa.
Komender itu, Kolonel Alexei Sharov menjadi pemimpin tertinggi tentera Rusia yang ke-15 maut setakat ini.
Sharov dilaporkan terbunuh di Mariupol yang mana lebih 100,000 orang telah terperangkap ketika tentera Rusia mengepung bandar tersebut.
Beliau juga ialah pegawai tentera Rusia berpangkat kolonel yang kelima mati sekali gus merupakan komander tentera itu yang ke-15 terbunuh di Ukraine, lapor akhbar The Sun.
Sharov maut selepas Kolonel Nikolay Ovcharenko iaitu Komander Rejimen Kejuruteraan ke-45 tentera Rusia terbunuh di negara berkenaan.
Beliau merupakan komander Briged Zhukov dalam Tentera Marin Rusia.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#komader #Rusia #Ukraine #terkorban
;