Ukraine bersedia hadapi ancaman kemalangan nuklear

Astro Awani
Jun 30, 2023 01:30 MYT
Pasukan penyelamat bersama anggota polis menjalani latihan keselamatan susulan potensi kebocoran radiasi dari loji kuasa Zaporizhzhia. - Foto REUTERS
ZAPORIZHZHIA: Ukraine sedang menjalankan latihan keselamatan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan nahas nuklear.
Latihan keselamatan ini dirintis susulan potensi kebocoran radiasi dari loji kuasa nuklear Zaporizhzhia yang dimiliki Rusia.
Latihan ini dimulakan oleh Kementerian Tenaga, Perkhidmatan Kecemasan Ukraine, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan pentadbiran daerah yang berkenaan.
Orang awam yang tinggal di piggiran bandar Zaporizhzhia, terletak kira-kira 100 kilometer dari loji, berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan untuk mempelajari bagaimana tindakan pantas dan berkesan boleh diambil jika tahap radiasi meningkat akibat kerosakan di loji.
Pada Mei lepas, pihak perisikan tentera Ukraine mendakwa, tanpa memberikan bukti, bahawa Rusia merancang "provokasi berskala besar" di loji kuasa nuklear yang didudukinya di bahagian tenggara negara tersebut.
Rusia menduduki loji tersebut pada peringkat awal peperangan.
Selama setahun lalu, ia telah menjadi tumpuan perbincangan apabila Rusia dan Ukraine saling menuduh melancarkan tembakan ke loji tersebut.
Lebih kurang 300,000 orang akan diarah keluar dari kawasan yang terdekat dengan loji jika berlaku kejadian sedemikian.
#Zaporizhzhia #kemalangan nuklear #kebocoran radiasi #latihan keselamatan