Ukraine akan wujudkan enam koridor kemanusiaan bagi pemindahan orang awam

Bernama
Mac 10, 2022 12:43 MYT
Penduduk Ukraine merentas jambatan kecil bagi melarikan diri di bandar Irpin. - Foto AP
ANKARA: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis mengumumkan enam koridor kemanusiaan akan diwujudkan bagi memindahkan rakyatnya, berikutan konflik negara itu dengan Rusia.
Pemindahan akan dilakukan dari bandar Kyiv, Sumy, Enerhodar, Mariupol, Izyum dan Volnovakha, kata Zelenskyy.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 474 orang awam terbunuh dan 864 yang lain cedera sejak Rusia mula menyerang negara itu pada 24 Februari, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, lebih 2.1 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran, menurut data terbaharu dikeluarkan Agensi Pelarian PBB.
-- BERNAMA
#koridor kemanusiaan #Ukraine #Volodymyr Zelenskyy #Rusia
;