UK umum ujian baharu COVID-19, mampu beri keputusan dalam 20 minit

Agensi
September 3, 2020 05:59 MYT
Kerajaan Britain umum kejayaan dalam pembangunan ujian COVID-19 yang mampu memberi keputusan dalam tempoh seawal 20 minit. - Gambar hiasan
Kerajaan Britain umum kejayaan dalam pembangunan ujian COVID-19 yang mampu memberi keputusan dalam tempoh seawal 20 minit.
Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock berkata kerajaan telah memperluas percubaan ke atas dua ujian COVID-19 yang baharu iaitu ujian air liur yang tidak membabitkan swab dan ujian yang boleh menghasilkan keputusan dalam beberapa minit.
Kerajaan juga sedang melaksanakan percubaan ke atas keberkesanan melakukan membuat ujian berulang ke atas individu yang tidak bergejala.
Britian telah mengembangkan kemampuannya untuk membuat ujian sejak awal tercetusnya pandemik koronavirus.
Bagaimanapun, pengkritik berkata usaha kerajaan UK mengesan dan mengasingkan pesakit dijangkiti COVID-19 masih belum mencukupi.
UK setakat Khamis merekodkan 340,949 kes positif COVID-19 dan 41,602 kes kematian.
#Britain #COVID-19 #kematian #keputusan #kes positif #koronavirus #Matt Hancock #pandemik #swab #ujian COVID-19 #United Kingdom
;