UK umum peruntukan lebih 700 juta pound persediaan keluar EU
Astro Awani
Julai 13, 2020 09:58 MYT
Julai 13, 2020 09:58 MYT
UNITED Kingdom (UK) mengumumkan peruntukan lebih £700 juta untuk menguruskan sempadannya selepas ia keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) akhir tahun ini.
Pakej pembiayaan tersebut akan membayar kos untuk pos kawalan sempadan baharu dan meningkatkan pengambilan kakitangan pasukan sempadan sebanyak 500 orang.
Menurut Menteri Kabinet, Michael Gove, matlamat utama adalah memastikan perjalanan operasi di sempadan lancar dan selamat.
“Ketika orang memilih untuk mengambil alih kawalan dan referendum tiga dan satu setengah tahun yang lalu melalui Referendum Brexit, mereka mahu kita berada dalam kedudukan di mana kita boleh berdagang dengan jiran kita di Eropah.
“Ini bermakna bahawa kita perlu menaik taraf sempadan kita untuk memudahkan perdagangan itu. Kita juga ingin memastikan bahawa kita mempunyai sempadan yang ketat dan selamat untuk menangani jenayah terancang dan ancaman keselamatan yang lain,” katanya.
Isu keselamatan sempadan pasca keluar EU telah dinyatakan lebih awal dalam kempen pungutan suara pada 2016.
Tambah Gove daripada £705 juta, sebanyak £235 juta akan dimasukkan ke dalam sistem kakitangan dan teknologi maklumat manakala baki £470 juta akan dibelanjakan untuk tujuan infrastruktur bagi pemantauan prosedur kastam baharu.
Jelasnya, pelaburan itu juga akan memastikan bahawa perniagaan yang bergantung pada transit rentas sempadan dapat diteruskan seperti biasa ketika fasa peralihan 31 Disember 2020.
Menjelang 1 Januari 2021, UK akan meninggalkan pasaran tunggal dan Kesatuan Kastam EU.
#Brexit
#EU
#fasa peralihan
#kakitangan
#kastam
#keluar EU
#kempen pungutan suara
#Kesatuan Eropah
#keselamatan
#Michael Gove
#pasukan sempadan
#pelaburan
#Referendum
#rentas sempadan
#sempadan
#United Kingdom