UK tidak boleh diberi kebebasan memilih - EU
Astro Awani
Jun 11, 2020 08:12 MYT
Jun 11, 2020 08:12 MYT
KESATUAN Eropah (EU) tidak akan memberikan United Kingdom kebebasan untuk memilih perjanjian perdagangan dengan blok itu.
Sebaliknya Ketua Perunding Brexit, Michel Barnier menyifatkan negara itu perlu membuat keputusan dan pada masa sama memenuhi tanggungjawab mereka.
“Kita tidak boleh membenarkan United Kingdom memilih. Pertama, mereka memilih untuk menjadi negara ketiga.
“Mereka tidak boleh mempunyai perkara terbaik dari dua dunia berbeza. Ini juga melibatkan kepentingan ekonomi dan politik Kesatuan Eropah untuk jangka masa lama, tidak akan memberi manfaat langsung yang diberi oleh blok ini di bawah perjanjian perdagangan bebas sebelum ini,” jelasnya.
Kenyataan itu dibuat ketika rundingan perjanjian perdagangan kini tertangguh.
UK meninggalkan EU hujung Januari lalu selepas keanggotaan selama 47 tahun. Ia kini dalam proses peralihan yang dijangka selesai Disember depan.