UK meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine
Astro Awani
Januari 13, 2024 10:20 MYT
Januari 13, 2024 10:20 MYT
KIEV: Perdana Menteri Britain Rishi Sunak umum meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine dan tambahan bantuan ketenteraan kepada Kiev untuk membeli dron.
Perjanjian ini diumumkan selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy di Kiev.
Menerusi perjanjian ini, Britain sekutu rapat Ukraine, akan meningkatkan sokongannya dalam tahun kewangan akan datang kepada AS$3.19 juta,
Ini merupakan peningkatan berbanding dua tahun sebelumnya.
"Ukraine tidak bersendirian dan tidak pernah akan bersendirian. Presiden Rusia mungkin yakin mereka boleh menewaskan kita, tetapi beliau salah. Kami akan berdiri bersama Ukraine, hari ini, esok dan selama mana yang diperlukan.
"Perang ini adalah mengenai hak Ukraine mempertahankan diri dan menentukan masa depannya, dan rakyat Ukraine telah memilih untuk menajdi demokrasi bebas di Eropah," kata Sunak.
Kunjungan ke Kiev ini berlangsung ketika perang Rusia-Ukraine kini memasuki tempoh dua tahun.
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini telah umum menghentikan sementara bantuan kewangan kepada Kiev.
Kiev bergantung sepenuhnya kepada bantuan ketenteraan dan kewangan dari barat sejak pencerobohan Rusia pada Februari 2022.
Perjanjian UK-Ukraine mengenai kerjasama ketenteraan ini menyusul perjanjian dengan Kumpulan G7 sebelum ini untuk membolehkan Kiev memperoleh jaminan keselamatan bilateral.