UK dijangka perkenal sistem sijil status COVID-19 bermula 21 Jun ini

Astro Awani
Mei 27, 2021 22:32 MYT
Gove bagaimanapun mendedahkan tiada tarikh muktamad ditetapkan berhubung pengenalan sijil berkenaan buat masa ini. -Gambar fail
LONDON: United Kingdom bakal perkenal sistem yang menyediakan sijil status COVID-19 apabila sekatannya dikuat kuasa ke tahap 4 pada 21 Jun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Michael Gove bagaimanapun mendedahkan tiada tarikh muktamad ditetapkan berhubung pengenalan sijil berkenaan buat masa ini.
Jawatankuasa Pentadbiran Awam dan Urusan Perlembagaan menyasarkan untuk menguji sama ada sistem sijil vaksin berkesan dalam mengurangkan penularan virus.
Di peringkat Kesatuan Eropah (EU), ujian bagi pelaksanaan sijil digital sedang dijalankan.
Sijil berkenaan akan mengesahkan ujian COVID-19 individu atau pemulihan dari virus berkenaan.
UK mencatatkan jumlah kematian COVID-19 tertinggi di Eropah dengan hampir 128,000 kematian disahkan.
#COVID-19 #vaksin #United Kingdom #sijil #Michael Gove #jumlah kematian #Kesatuan Eropah #EU