UK desak China minta Rusia undur tenteranya dari Ukraine
Bernama
Mac 18, 2023 09:47 MYT
Mac 18, 2023 09:47 MYT
LONDON: United Kingdom pada Jumaat menggesa China menangguhkan lawatan Presiden Xi Jinping ke Moscow minggu depan bagi menggalakkan Presiden Vladimir Putin mengundurkan tenteranya dari Ukraine.
"Jika China mahu memainkan peranan serius dalam memulihkan kedaulatan kepada Ukraine, jelas kami mengalu-alukannya," lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik jurucakap Perdana Menteri Britain Rishi Sunak kepada pemberita.
"Sebarang perjanjian yang tidak berdasarkan kedaulatan Ukraine dan hak untuk menentukan nasib sendiri bukanlah perjanjian damai sama sekali, jadi kami akan terus menyeru China, untuk menyertai negara lain di seluruh dunia dalam meminta Putin mengundurkan tenteranya," tambah jurucakap British itu.
-- BERNAMA