UK bertafakur seminit, beri penghormatan terakhir buat Putera Philip
Nickyson Nyambar
April 17, 2021 22:28 MYT
April 17, 2021 22:28 MYT
MENDIANG Putera Philip diberikan penghormatan terakhir bertafakur selama satu minit oleh seluruh United Kingdom.
Keranda Duke of Edinburgh itu dilihat tiba di perkarangan St George Chapel di Istana Windsor di barat London dengan diiringi anggota tentera dan kerabat diraja.
Upacara 'national one minute silence' itu diberikan sebagai penghormatan terakhir kepada Putera Philip sebelum prosesi di St George Chapel bermula.
Upacara pemakaman Putera Philip dilakukan secara sederhana dan tertutup dengan 30 hadirin sahaja yang terdiri dari kalangan keluarga terdekat.
Ratu Elizabeth II turut dilihat hadir menaiki kenderaan The State Bentley dengan mengenakan kot hitam dalam upacara itu.
Istiadat pemakaman yang berlansung di St George Chapel itu diketuai oleh Archbishop Canterbury, Justin Welby dan Dean of Windsor, Reverend David Conner.