UK bangunkan pengesanan kontak rapat melalui Google, Apple
Astro Awani
Jun 19, 2020 11:00 MYT
Jun 19, 2020 11:00 MYT
United Kingdom (UK) membatalkan rancangan untuk melancarkan aplikasi pengesanan kontak rapat COVID-19 sendiri.
Menurut jurucakap kerajaan UK, ini adalah susulan masalah teknikal.
Bagaimanapun, negara berkenaan akan menggunakan teknologi yang dibekalkan Apple dan Google.
Ketika ini, teknologi yang dibangunkan UK sendiri diuji di Isle of Wight, namun ia berdepan masalah ketika percubaan.
Menurut kerajaan UK, susulan itu, ia akan membangunkan aplikasi berkenaan dengan Apple dan Google.
Namun, sehingga kini, tidak dilaporkan bila ia akan siap untuk digunakan.
#aplikasi pengesanan kontak rapat
#Apple
#COVID-19
#Google
#Isle of Wight
#koronavirus
#masalah teknikal