UK bakal kenakan sekatan baharu ke atas Houthi

Astro Awani
Januari 23, 2024 07:15 MYT
Sunak berkata, ia merancang untuk membuat pengumuman sekatan itu dalam masa beberapa hari lagi. - Foto AP
LONDON: Britain sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Houthi susulan perkembangan yang berlaku di Laut Merah.
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata, ia merancang untuk membuat pengumuman sekatan itu dalam masa beberapa hari lagi.
Rancangan sekatan ke atas Houthi itu menyusul ketika mana United Kingdom (UK) berganding dengan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terbaharu ke atas sasaran Houthi, kumpulan yang disokong Iran.
"Kita akan guna senjata paling berkesan bagi membolehkan penyaluran kewangan kumpulan Houthi terganggu dan terputus sepenuhnya. Ini kerana mereka menggunakan hasil ini untuk membiayai serangan.
"Kami akan bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat berhubung rancangan ini bagi mengumumkan sekatan terbaharu dalam masa beberapa hari lagi," katanya.
#Rishi Sunak #Houthi #sekatan baharu #Laut Merah
;