AS, UK, Australia gabung kemampuan keselamatan

Astro Awani
September 16, 2021 09:30 MYT
Perdana Menteri Australia Scott Morrison (tengah) ketika panggilan video bersama Perdana Menteri UK Boris Johnson (kiri) dan Presiden AS Joe Biden (kanan). - Foto Mick Tsikas/AAP Image via AP
WASHINGTON: Presiden Joe Biden umum Pakatan Kerjasama Keselamatan baharu bersama United Kingdom dan Australia.
Pakatan dikenali sebagai AUKUS ini akan beri tumpuan kepada rantau Indo-Pasifik.
Langkah ini dilihat cubaan mengimbangi kebangkitan China yang semakin meningkatkan pengaruhnya.
Ia akan beri tumpuan kepada aspek perkongsian risikan, perkukuh kerjasama.
AUKUS juga akan rintis kerjasama membantu Australia membina kapal selam nuklear baharunya.
Tindakan ini bagaimanapun disifatkan bakal meningkatkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.
China mungkin melihat pengenalan pakatan baharu ini sebagai satu tindakan provokatif.
Negara itu berulang kali mengecam Biden ketika beliau berusaha kembali fokus dasar luar Amerika Syarikat di Pasifik sejak awal menjawat jawatan presiden.
#Amerika Syarikat #United Kingdom #Australia #pakatan
;